Kalau la aku seorang KPOPERS

6:57 PM

Bismillahirahmanirahim

AMARAN KERAS! INI BUKAN PENGISYTIHARAN PERANG.

Fuhh, kalau nak buka isu pasal kpopers ni memang boleh buat perang. Sebab tu kena letak tajuk penyedap hati dulu. Eh, aku pun nak jadi kpopers jugak. Ok. Sekarang kita geng. :*)

Tapi kalau aku nak jadi kpopers, kena la jadi kpopers yang bervisi dan misi. Lebih baik dari anda-anda semua. Kpopers berwawasan dan berilmu gitu.

Kawan depan meja cakap,
"kalau nak cerita pasal kalau ni, lembu pun boleh terbang sambil backflip"
Tapi kalau la kpopers ni sambil-sambil google pasal Girls Generation ke Running man ke sambil-sambil tu juga ambil tahu pasal Islam di Korea ni kan bagus.

Kalau la kpopers ni boleh like setiap page artis kpop kesayangan diorang apa la salah like page kami Islam Sarangheyo South Korea ni. Walaupun anda tak bersama kami tapi like dari anda memberikan sokongan kepada kami untuk meneruskan aktiviti dakwah kami kepada orang Korea.

Kalau la kpopers ni boleh hafal nama artis dan biodata setiap artis kpop ni dari kecil sampai besar, apa salah sambil-sambil buka tab baru baca pasal sirah Nabi Muhammad saw.

Kalau la kpopers ni boleh belajar menari sampai hebat lompat pusing-pusing, apa salah malam-malam bangun tahajud belajar sujud pada Tuhan yang satu.

Kalau la kpopers ni boleh isytihar perang pada haters, isytihar perang la juga pada penghina Islam.

Kalau la kpopers ni boleh infa' kan sikit duit beli poster kepada kami Islam Sarangheyo South Korea untuk jalankan dakwah Islam kat Korea ni, Insyallah satu hari nnti mana la tahu Korea ni boleh jadi negara Islam. Korang juga untung, boleh kahwin dengan Lee Kwang Soo.

Kalau la apa yang di tulis ni boleh menjadi kenyataan, boleh la bila orang tanya korang, kenapa minat kpop?korang boleh jawab sambil tepuk-tepuk dada cakap,
"Saya minat kpop sebab kpop mendekatkan saya pada Islam. Saya ada misi nak jadikan Korea sebuah negara Islam"
Haa,baru la seiring-sejalan. Sebab kita kena jadikan apa yang kita minat tu ladang pahala pada kita, bukan ladang-ladang dosa.

Contohnya kalau kita minat photography jadikan gambar-gambar yang kita ambil sebagai bahan dakwah kita. Sama la macam kpopers-kpopers seperti anda-anda semua. Baru boleh tabik spring. :D





You Might Also Like

2 comments

  1. Nak tanya, dekat pamplet tu tulis apa je? Kalau ada gambarnya boleh tak emelkan kat saya? Nurul.atiqah.01@gmail.com

    ReplyDelete