Bahagian Hadis- Bab Solat

1:57 AM

BAB SOLAT

1) Dari Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Kunci syurga ialah sembahyang dan kunci sembahyang ialah wudhuk.
(HR Musnad Ahmad)

2) Dari Jabir ra berkata; telah berkata berkata seorang lelaki kepada Nabi saw; Sesungguhnya seorang (pada waktu malam) bersembahyang, tetapi pada waktu paginya dia mencuri. Nabi saw bersabda: Tidak lama lagi sembahyangnya akan menegahnya daripada perbuatan buruk itu.
(HR Al Bazzar, Majmaa uz Zawaaid)

3) Dari Uthman ibn A'ffan ra meriwayatkan; Bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang menganggap bahawa sembahyang itu benar, dia akan di masukkan ke dalam syurga.
(HR Musnad Ahmad)


You Might Also Like

0 comments