Bahagian Hadis- Bab Ilmu dan Zikir

1:59 AM

BAB ILMU DAN ZIKIR

1) Dari uthman ibn Affan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
(HR Tarmizi)

2) Dari Muaz Al Juhaniy ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengannya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari. Kemudian kalaulah matahari itu berada didalam rumah kamu, (cahayanya tentu lebih terang, namun cahaya mahkota itu lebih terang lagi. Kalau pahala ini hanya untuk kedua ibu bapanya) Maka kamu dapat bayangkan apakah yang akan diterima oleh orang yang membacanya sendiri. (HR Abu Daud)

3)Hasrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya antara alamat hari kiamat ialah, ilmu akan diangkat, kejahilan berleluasa dan minum arak secara terbuka, tersebarnya perzinaan. (HR Bukhari)


You Might Also Like

0 comments