Bahagian Hadis- Bab Iman

1:55 AM

BAB IMAN

1) Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: " Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah La ilaha illallah ( tiada Tuhan yang patut disembah kecuali Allah) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman".
(H.R.Muslim)

2) Daripada Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah saw bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda saw bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah.
(H.R. Ahmad, Tabrani dan At-Targhib)

3) Dari Omar ibn Khattab ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Wahai anak Al-Khatab pergilah beritahu kepada orang ramai sesungguhnya tidak akan masuk kedalam syurga kecuali orang-orang yang beriman. (H.R Muslim)

You Might Also Like

0 comments