___Tanda-tanda Kiamat___ hari AKHIRAT. kita KEMBALI juga

6:27 PM


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

alhamdulillah.
ramadhan kembali lagi. (:
bulan yang sangat dinanti-nantikan umat Islam
bulan yang penuh dengan ganjaran pahala yang berlipat-lipat kali ganda.
insyallah semoga usaha ana ini juga tidak sia-sia.
semoga kita terus diberkatiNya..

sekadar ingin berkongsi sebuah hadis.
ingat-mengingati sesama muslim.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Tidak akan tiba hari Kiamat itu sehingga ada dua golongan besar saling bunuh membunuh, antara keduanya itu berlaku peperangan yang besar, di mana dakwah kedua-duanya adalah satu. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga banyak kaum dajjal yang pendusta bilangannya hampir tiga puluh orang, semuanya mengaku bahawa dirinya adalah Rasulullah. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga ilmu pengetahuan itu dicabutkan. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga banyak terjadi gempa bumi, masa sudah menjadi dekat, banyak timbul fitnah, banyak berlaku pembunuhan(peperangan di sana sini), banyak pula harta sampai melimpah ruah sehingga orang yang empunya harta itu susah mencari orang yang suka menerima sedekahnya dan sehingga ia pergi ke sana ke sini menawarkan hartanya, tetapi tidak ada orang yang mahu menerimanya, di mana orang yang ditawarkan untuk menerima harta itu berkata: “aku tidak memerlukan harta lagi”. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga manusia itu bermegah-megah dalam bangunan yang menjulang tinggi. Dan sehingga manusia melalui kubur seseorang yang lain, lalu berkata “alangkah baiknya kalau aku dahulu ditempatkan di tempatnya”. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga matahari terbit dari arah terbenamnya. Maka apabila matahari itu terbit dari tempat terbenamnya, dan manusia telah banyak mengetahuinya, maka mereka itu pun beriman semuanya, padahal dalam keadaan yang sedemikian keimanan seseorang itu tidak berguna lagi untuk dirinya, yang mana dahulunya mereka itu tidak pernah beriman dan tidak melakukan kebaikan dalam keimannya. Dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba di saat dua orang sedang mempamerkan pakaian yang diniagakan, tetapi kedua-dua orang tadi tidak sempat menjual beli pakaian yang dipamerkan itu dan tidak sempat pula melipatkannya kembali. Dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba di saat seorang yang baru sahaja kembali membawa air susu yang diperahnya dari untanya, tetapi  tidak sempat meminumnya. Dan sesungguhnya  hari kiamat itu akan tiba, di mana seorang baru sahaja memperbaiki kolamnya untuk di isikan air, tetapi belum sempat diisikan air ke dalam kolam itu. Dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba, yang mana seorang sedang menyuapkan makanan ke mulutnya, tetapi belum sempat memakannya.”
                                                                                                                                  (Riwayat al-Bukhari )      


Ya Allah jauhkanlah diri kami 
dari azab api neraka MU 
Ya Allah
Sesungguhnya kami ini
hanyalah hamba yang lemah
Dan kepada Mu lah kami akan kembali..



“ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? “. 
                                                                                                                            (Surah al-An’am 6:32 )  

                                                
  Janganlah kau lalaikn hati-hati kami 
dengan dunia semata-mata 
Ya Allah
kerana kami manusia
sering terlupa
bahahawa Engkaulah segala-galanya
Ya Allah..










-sayabudakbarubelajar-


You Might Also Like

1 comments