.hadiah teristimewa

4:00 AM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

"Tahniah encik, isteri encik di sahkan mengandung 7 minggu" kata seorang doktor kepada sepasang suami isteri. Si suami seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Seakan-akan sebuah mimpi yang sangat indah. Manakan tidak percaya, apabila bakal dianugerahkan seorang lagi cahaya mata yang ke lima. Hati bapa siapa yang tidak terhingga gembiranya. Hati si ibu pula berbunga-bunga indah seperti indahnya  bunga-bunga yang sedang berkembang mekar. Yang hanya mampu mereka ucapkan saat itu hanyalah kata syukur pada Tuhan yang Maha Esa.


Burung-burung berkicauan riang pagi itu. Cahaya matahari pula mula menampakkan sinarnya yang semakin mencerah. Duduk seorang ibu di hadapan beranda rumahnya sambil matanya lepas memandang alam sekeliling. Tiba-tiba seorang anak lelakinya menghampiri rapat kepadanya sambil mendepakan tangannya minta dipeluk. Si ibu itu terus memeluk erat anaknya itu dengan penuh kasih sayang. "umi tengok apa tue kat luar.?"tanya anak kecil itu. "umi tak tengok pape pon" jawab si ibu sambil memandang anaknya. " umi.! kenapa perut umi kembung.? umi makan tak bace bismillah ea.?" soal anak kecil itu dengan penuh hairan. Si ibu itu hanya tersenyum kecil melihat telatah anaknya itu. " umi tengah mengandungkan adik kamu. Nak adik tak.?" dengan pantas anak kecil itu menganggukkan kepalanya dan terus berlari dari situ. "apalah yang anak kecil ini tahu dalam usianya yang sebegitu" kata hati kecil ibu itu sambil sebutir senyuman terukir di bibirnya. Si ibu itu terus melihat perutnya yang sedang sarat mengandung yang terus membesar saban hari. Di dalam hati seorang ibu ini sudah berkira-kira untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan. Senyuman itu terus terukir lagi.

Hari berganti hari, susah payah seorang ibu ini mengandungkan seorang anak tetap dihadapi dengan tabah. Walaupun ini merupakan kali ke lima buat si ibu ini mengandung tetapi perit-merih itu tetap terasa. Inilah harga sebuah pengorbanan seorang ibu yang kasih dan hidupnya banyak dikorban untuk anak-anaknya yang tercinta. Doa seorang ibu ini tidak pernah terhenti untuk anak-anaknya juga untuk anaknya ini yang berada di dalam kandungan. " dah besar nanti jadi anak yang baik, taat perintah Allah " doa ibu ini sambil mengusap-ngusap lembut kandungannya. Zikir dan selawat terus membasahi lidah ibu ini agar anaknya yang berada di dalam kandungan terus mendapat rahmat dari Allah. Dari kejauhan seorang suami melihat isterinya dengan penuh kecintaan. Tidak tertanggung kesedihan seorang suami melihat penderitaan isterinya menaggung kandungan anak mereka. "apalah yang dapat aku bantu untuk meringankan bebanan itu, sekadar doaku untukmu dan juga anak kita wahai isteriku yang tercinta." 


Matahari hampir melabuhkan tirainya. Cahaya kemerah-merahan di langit terus kelihatan menerangi alam sebelum bulan dan bintang mula menghiasi langit malam. Kelihatan seorang lelaki mundar-mandir di dalam sebuah hospital. "abah. abah. umi mana.? " tanya salah seorang anaknya. " umi ada kat dalam sana tue" sambil menunjuk ke dalam sebuah wad bersalin. " apa umi buat kat dalam tue? abang nak masuk sana la.nak jumpa umi." kata anak itu sambil menarik-narik seluar ayahnya. "abang tak boleh masuk sana sebab umi dengan adik ada kat dalam" jawab si ayah ringkas. "abang nak dapat adik baru ea abah.?yea.!yea.! " jerit kegembiraan anak kecil itu. Si ayah terus memandang anak kecilnya itu dengan senyuman. "pasti anaknya itu sudah tidak sabar untuk mempunyai seorang adik. Tetapi penderitaan si ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang zuriat tidak siapa yang tahu.

Jam di tangan sudah tepat menunjukkan jam 7.00 petang. Sudah hampir satu jam si ibu berada di dalam wad. Semakin gusar hati seorang ayah ini. " Ya Allah.! selamatkanlah isteriku dan anak ku itu Ya Allah" doanya di dalam hati. Sesungguhnya Allah itulah yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya. Tangisan kecil seorang bayi perempuan yang nyaring terus memecah kesunyian senja itu. Alam ini seakan-akan turut bergembira dengan kelahiran seorang puteri itu ke dunia ini. Hati si ayah gembira tidak terkata. Hanya ucapan syukur yang mampu terluah. Luluh hati seorang lelaki ini apabila melihat isterinya tersenyum di dalam kepayahan. Anak perempuan yang baru sahaja dilahirkan itu dilihat dengan penuh kasih dan sayang. Sebuah kucupan mesra terus di berikan kepada isterinya itu sebagai tanda terima kasih.

Si ayah terus memegang anak perempuan keduanya itu dengan berhati-hati. Dengan menghadap ke kiblat, si ayah mula membacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebelum melaungkan azan di telinga sebelah kanan bayi itu.   Semasa kalimah 
Allahuakbar.!Allahuakbar.! 

diucapkan ke telinga anak perempuannya. Bergema kawasan hospital dengan laungan azan dari masjid-masjid di kawasan sekitar menandakan waktu maghrib. Menitis air mata seorang ayah ini apabila azan yang dilaungkannya beriringan dengan laungan azan dari masji-masjid di sekitar hospital itu seolah-olah bergembira dengan kelahiran puterinya itu. Sebuah kucupan kasih seorang ayah terus diberikan kepada bayinya itu tanda kasih seorang ayah kepada anaknya.



" tengok anak kita ni bang. comelkan. cantiknya mata die."
" dah besar nanti jadi anak yang baik, taat perintah Allah, jadilah wanita yang solehah. Nanti mesti umi bangga dengan kamu "
"kita nak bagi nama ape ye kat anak kita nie bang.?"

Alhamdulillah..(:


Al-Mukminun [ 12 ] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. [13] Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.







terima kasih yang tidak terhingga buat semua ibu-ibu



kasih dan sayang buat ayah yang tidak pernah lelah menyediakan makan pakai kami semua


buat sahabat yang terus membaca
terima kasih atas sokongan anda semua




SEMOGA INI MERUPAKAN HADIAH YANG TERISTIMEWA











-sayabudakbarubelajar-


You Might Also Like

1 comments