SAAT itu SEPARUH JIWAKU PERGI

10:57 PM


sejambak salam buat keluarga mangsa tragedi di Kilometer 13 Jalan Kuala Pilah - Simpang Pertang, Jempol Negeri Sembilan, 6 Mac 2011 agar terus tabah..


serimbun terima kasih kepada cikgu-cikgu di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)  yg terus mendidik dan memberikan semangat kepada kami


dedikasi teristimewa buat sahabat-sahabat di dalam pasukan bola keranjang SAKTI 2011 yg terus berjuang bersama


tidak lupa kepada semua warga SAKTI yg terus mendoakan kesejahteraan kami


TERIMA KASIH SEMUA.!!



Pagi itu kegembiraan kami berada di kemuncaknya. Apa tidaknya kerana sebentar lagi kami akan bertolak ke SBPI Jempol, Negeri Sembilan untuk menyertai Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh(HKSBP) dalam acara bola keranjang. Inilah pertandingan yang kami nanti-natikan saban tahun. Tetapi tahun ini begitu istimewa bagiku dan sahabat-sahabat ku yg berada di tingkatan 5 kerana ini merupakan penyertaan kami di HKSBP buat kali yang terakhir. Jadi kami mengharapkan tahun ini kami boleh menjejakkan kaki pada perlawanan final setelah 3 tahun mendapat tempat ke3 berturut-turut. Walaupun pasukan kali ini tidak sehebat dan sekuat pasukan-pasukan pada tahun lepas dan sebelum-sebelumnya tapi kami merasakan kami boleh melakukannya. Bagi aku sendiri, pasukan ini ada kekuatan yang tersendiri dan begitu istimewa di hati ku. We are special one.!


Esok pagi kami akan memulakan perlawanan pertama menentang sekolah menengah sains rembau(SEMESRA). SEMESRA merupakan sebuah sbp yang kali pertama menyertai hksbp jadi kami tidak mngetahuai kekuatan sebenar mereka. Melihat fizikal mereka yg sangat tinggi membuatkan kami sedikit gerun.   Tambahan lagi apabila mendengar keputusan perlawanan persahabatan mereka diantara sekolah-sekolah di sekitar negeri sembilan sangat meberangsangkan dan terdapat beberapa pemain mereka yang mewakili negeri. Tapi KECIL-KECIL CILI PADI. itu tidak terus melunturkan semangat kami. Malam itu ketika sahabat-sahabat ku telah lena diulit mimpi, aku termenung keseorangan di katil ku. Tidak tahu apa yang sedang aku fikirkan tetapi mata ini sangat payah untuk dipejamkan..


Kami menang dengan perbezaan mata yang sangat besar dalam perlawanan pertama. Alhamdulillah. Dalam kegembiraan mendapat kemengan yg pertama kami tidak terlalu excited, sekadar bersederhana kerana perjuangan kami baru sahaja bermula. Tetapi setidak-tidaknya kemenangan ini terus menaikkn semangat kami untuk perlawan ke2 pada petang ini menentang SBPI Jempol iaini merupakan tuan rumah. 


Petang itu kami bersiap-siap lebih awal untuk ke tempat perlawanan yang teletak kira-kira 15km dari tempat penginapan kami. Tidak seperti biasa kali ini kami menaiki bas SBPI Jempol untuk bersama-sama pergi ketempat perlawanan. Petang itu seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena. Guru yang kebiasaannya akan mengiringi kami dengan manaiki bas agak terlewat bersiap dan memberitahu akan menyusul kemudian dengan menaiki kereta dengan seorang lagi guru kami yang lain. Sedang kami memeriksa barang-barang yang perlu dibawa, entah macam mana kami boleh terlupa untuk membawa bola. Disebabkan takut ketinggalan bas kami membuat keputusan untuk tidak berpatah balik untuk mengambil bola dan memulakan perjalanan. Untuk menghormati pasukan tuan rumah kami mengambil tempat di bahagian hadapan dan pasukan SBPI Jempol mengambil tempat di belakang. Seorang sahabatku memanggilku untuk duduk di kerusi yg paling hadapan. Kebiasaannya aku tidak penah menolak ajakkan sahabatku itu tetapi ketika itu hatiku berat untuk duduk diseblahnya dan aku mengambil keputusan untuk duduk di kerusi ke3 disebelah kiri bersama seorang sahabat yang lain. Aku terus meletakkan barang-barangku disisi dan mencondongkan sedikit kerusi ku kebelakang agar aku dapat bersandar dengan lebih selesa. Usai doa dibacakan oleh seorang pelajar dari sekolah SBPI Jempol, kami terus melayan perasaan masing-masing tidak seperti kebiasaanya kami akan berbual-bual dan bergurau senda. Petang itu kurasakan suasananya agak sayu dan sangat tenang. Aku terus bersandar dan mataku lepas memandang keluar tingkap melihat langit yg biru. Tidak ku sangka petang itu akan berakhir dengan sebuah tragedi yang sangat menyayat hati


Sekelip mata sahaja suasana tenang itu berubah wajah apabila sebuah dentuman yg sangat kuat memecahkan ketenangan pada petang itu.Sebuah kereta telah merempuh bahagian kanan bas yang kami naiki. Yang hanya kusedar saat itu, badanku melayang kehadapan dan melihat cermin hadapan bas berderai menjadi serpihan yang kecil dengan bunyi yang sangat mengerikan dan aku terus melanggar kerusi di bahagian hadapan tanpa kawalan sehinggalah aku terduduk kembali ditempatku. Aku seakan tergamam seketika sebelum sahabatku disebelah menegur ada darah yg mengalir di hidungku. Aku meletakkan tanganku di bawah hidung dan setitik demi setitik darah mengalir keluar dari hidungku dan aku merasakan kesakitan yang amat sangat dihidungku. Aku tidak tahu apa yg perlu aku lakukan saat itu. Kaeadaan bas itu menjadi sangat cemas apabila pemandu bas itu menjerit dengan suara yg sangat kuat menyuruh kami keluar dari dalam bas dengan segera. TUNG.!TUNG.! bunyi pintu bas itu disepak oleh pemandu bas kerana tidak boleh dibuka. Tanpa aku sedari sahabatku yg duduk di sebelah tadi menarik lenganku untuk membawa aku keluar melalui pintu kecemasan. Aku melihat lantai bas itu penuh dipenuhi darah yg bersepah-sepah dan barang-barang yang terpelanting. Aku terus berjalan kehadapan dengan tangan menekup hidungku tanpa menghiraukan keadaan sekitar yg sangat tragis yg tidak pernah kulihat sepanjang 17 tahun aku hidup dibumi ini. Aku terus melompat keluar dari pintu kecemasan yg agak tinggi.


Aku memandang ke kiri dan melihat sebuah kereta yg telah remuk terlipat dua. Aku terdengar tangisan anak kecil dari kereta itu. Hatiku mulai luruh. Pandangan aku terpaku seketika. Saat inilah gugur air mata ini basah menyimbah bumi. Hati keras seorang lelaki ini luruh seluruh-luruhnya apabila aku melihat suami kepada pemandu kereta itu yg mengekori kereta isterinya dari belakang mencampakkan motosikalnya di tepi jalan dan berlari ke arah kereta isterinya dengan menjerit sambil menangis 

"tolong.!tolong.! isteri saya.!anak saya.!"  


Ya ALLAH.!
Apa yg telah ENGKAU perlihatkan kepadaku ini Ya ALLAH. Aku tidak sanggup melihat dengan lebih lama lagi apabila orang ramai yg berada disitu cuba menarik tangan seorang anak kecil yg terkeluar dari tingkap. Aku terus memalingkan wajahku dan berjalan kebelakang bas. Aku lihat tangan ku sudah dipenuhi dengan darah dari hidungku sendiri. Aku melihat seorang guru perempuan cina dari SBPI Jempol yg bersama-sama kami didalam bas mengalami pendarahan yg sangat teruk dihidungnya. Guru itu menadah darah yg keluar dari hidungnya dengan kedua tangannya tetapi darah yg keluar dari hidungnya itu terlalu banyak hingga melimpah jatuh kebumi. Aku terus duduk ditepi jalan sambil melihat sahabat-sahabatku yg lain. Tidak semua sahabatku yg tercedera. Aku melihat suasana disekitar itu sangat sangat tragis. Aku tidak menyangka tragedi seperti ini bakal berlaku di dalam hidupku disaat diriku ini baru belajar mengenal erti kehidupan.


Aku terus dibawa ke sebuah ambulance untuk mendapatkan rawatan. Inilah kali pertama aku menaiki sebuah ambulance dengan keadaan begini. Darah yg sebentar td mengalir dengan banyaknya kini sudah kering di tanganku. Sahabatku yg juga berada di dalam ambulance itu tiba-tiba bersuara. "time nie la tringat balik dosa-dosa aku" sekuntum senyuman terukir di wajahnya. Aku turut mengukirkan senyuman. Tetapi senyuman itu bukanlah sebuah senyuman kegembiraan tetapi sebuah senyuman penyesalan yg aku sendiri tidak mengerti kenapa senyuman itu terukir. 


Dari kejauhan aku melihat kembali kereta yg remuk itu. Penglihatanku sedikit terhalang kerana berada di dalam ambulance tetapi suasana di luar kelihatan jelas dimata ku.Aku melihat seorang anggota bomba bergerak pantas ke arah kereta mangsa dengan sebuah mesin pemotong besi dipegang kukuh ditangannya. Satu demi satu rangka kereta itu dipotong untuk mengeluarkan mangsa yg tersepit di dalam. Kereta itu terbelah dua. Saat itu sangat jelas dimataku seorang perempuan terkulai layu di tempat duduk pemandu dengan luka-luka yg sangat teruk dan mata yg tertutup rapat. Wajah wanita itu sangat jelas dimataku dan aku terus terpaku tidak bergerak. Air mataku tumpah lagi. Aku tidak sanggup lagi untuk melihat keadaan seperti itu. Aku terus memalingkan wajahku. Aku merasakan ini seperti sebuah mimpi ngeri yg sangat panjang. Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yg sedang berlaku. Ia seakan suatu pementasan teater yg sangat menyayat hati yg sedang dilakonkan oleh pelakon-pelakon kehidupan dan aku penontonnya.


Pintu belakang ambulance itu dibuka. Seorang ahli bomba mengeluarkan sebuah pengusung. Aku berteka-teki. Adakah mayat wanita tadi akan dimasukkan kedalam ambulance yg sama dengan kami ini.? Jika apa yg aku fikirkan ini benar bermakna aku akan menghadap mayat wanita ini hingga sampai ke hospital. Sanggupkah aku melihatnya.? terlalu banyak kejutan yg terpaksa aku lalui saat ini. Hati kecilku berbicara. Ya ALLAH, terlalu banyak dugaanMu ini Ya ALLAH. Aku sudah tidak sanggup untuk menghadapinya lagi Ya ALLAH. Aku memejamkan mata. Air mataku perlahan-lahan keluar melalui celahan-celahan mataku. DUNG.!pintu belakang ambulance itu ditutup dan ambulance itu terus bergerak laju. Aku tidak dapat mentafsirkan perasaanku saat itu. Mungkin aku sedikit lega kerana doaku td telah dimakbulkan. Tapi mungkin juga sedikit kecewa kerana jauh disudut hatiku aku ingin melihat mayat wanita itu dengan lebih dekat. ALLAH lebih mengetahui apa yg terbaik bagi hamba-hambaNya 


Ambulance itu terus meluncur laju membawa kami. Kami telah dibawa ke klinik kesihatan Juaseh. Disitu kami diberikan rawatan lanjut dan kami diberikan 2 suntikan antibiotik di lengan. Semasa berada di bilik rawatan itu aku mendengar perbualan doktor-doktor yg berada disitu. Mereka menyatakan anak kecil yg lebih awal dibawa kesitu dengan menaiki sebuah ambulance yg lain telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke situ. Aku tersentak lagi. Masih terngiang-ngiang lagi suara anak kecil itu menagis di telingaku semasa dikeluarkan dari kereta yg remuk itu. Aku duduk disitu diam seribu bahasa. Tidak mampu mulut ini untuk berbicara saat itu. Apabila doktor itu melihat aku sedikit tenang, aku dibenarkan untuk keluar. Aku terus melangkah longlai keluar dari bilik itu. Pandangan aku terpaku lagi apabila terlihat seorang anak kecil bertutup dengan sehelai kain samar-samar dari celahan langsir dari sebuah bilik rawatan yg berada betul-betul disebelahku. Aku memberanikan diri untuk melihat anak kecil itu. Aku selak sedikit langsir itu ketepi. Dalam ketakutan aku terus melihat sekujur tubuh itu. Aku tidak dapat melihat badannya kerana ditutup dengan sehelai kain putih tetapi kain itu sedikit terselak dibahagian mukanya dan aku melihat sebahagian mukanya remuk kedalam dengan mata yg sudah putih. Di telinganya terkeluar sesuatu yg berwarna kehitaman dari telinganya, aku menyangka mungkin itu gegendang telinganya. Aku terus berlalu apabila hatiku berasa sgt sayu dan air mataku seakan-akan mahu tumpah lagi..Aku sudah tidak sanggup lagi. Aku duduk disebuah kerusi diluar smbil mataku terus memandang kereta yg meluncur laju di jalanraya dihadapan. Aku tidak sedar apabila seorang guru ku duduk disebelah aku dan menepuk-menepuk bahuku. Mungkin guruku itu faham apa yg sedang aku alami tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.


Malam itu kami diberikan kata dua, meneruskan perlawanan atau menarik diri. Sangat sukar untuk membuat keputusan pada waktu itu. Semangat kami sudah luntur seperti berderainya cermin bas pada petang td. Tetapi perjuangan kami tidak boleh berhenti disini. Ini perjuangan aku dan 4 org sahabatku yg terakhir. Kami berbincang dengan penuh emosi. Fikiran yg tidak tenang dan emosi yg sangat bercelaru. Aku mengeluarkan kata-kata, "kita teruskan esok pagi.kalau kita boleh menang kita teruskan sampai apa yg kita mampu.tp kalau kita memang tak boleh nak teruskan..kita kena terima semua nie". Kami semua terus mendiamkan diri. Keputusan telah dicapai dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan kami..


Awal pagi lagi kami telah bersiap. Duka semalam masih segar di ingatan tapi kami melalui hari itu seperti biasa. Pagi itu kami telah memenangi perlawanan yg kedua dengan perbezaan mata sebanyak 30 mata dan menjadikan kami juara kumpulan. Petang itu kami akan bermain untuk perlawanan pada peringkat suku akhir menentang sekolah menengah sains johor. Petang itu tidak kami sangka sains johor akan memberikan tentangan yg sangat sengit kepada kami. Setiap percubaan kami berjaya dipatahkan dan aku sendiri sekan-akan sudah berputus asa untuk menyekat pemain-pemain mereka. Pada separuh masa ke3 mereka telah mendahului kami. Kami memang berasa sangat tertekan pada masa itu tambahan pula terpaksa bermain dengan kecederaan yg dialami pada hari semalam. Aku sendiri terpaksa bernafas menggunakan mulut sepanjang perlawanan itu kerana hidungku masih bengkak. Mungkin pengalaman telah membezakan kami dengan mereka. Kami terus bermain dengan tenang dan akhirnya kami berjaya mengejar mereka pada separuh masa ke4. Inilah kali pertama selama 5 tahun aku bermain bola keranjang aku melakukan 4 foul dalam satu perlawanan. Aku meminta cikgu mengeluarkan aku pada masa sedang berbaki 2 minit lagi. Aku tiada pilihan. Aku mesti keluar sebelum aku membuat foul yg ke5 dan diarahkan keluar kerana foul out. Itu adalah peraturan di dalam permainan bola keranjang. Apabila seorang pemain telah melakukan 5 kesalahan pemain itu akan diarahkan keluar dan tidak dibenarkan untuk bermain lagi pada perlawanan itu. 2 minit didalam permainan bola keranjang sangat panjang. Walaupun masa yg tinggal hanya 2 saat itu tidak mustahil untuk mendapatkan jaringan. Aku sekadar melihat sahabat-sahabatku bermain dari bangku pemain simpanan di tepi gelanggang. Mereka terus bermain dengan baik dan kami akhirnya menang dengan perbezaan 8 mata sahaja. Kemengan ini bermakna kami akan bermain pada perlawanan separuh akhir pada pagi hari esok menentang SBPI Selandar.



Pagi itu kami sedikit kelam-kabut. Perlawanan pada pagi ini sangat penting. perlawanan ini akan menentukan kami berjaya ke final atau sekadar untuk bermain untuk tempat ke3 dan ke4 untuk 4 tahun berturut-turut. Kami bermula dengan sangat baik apabila tamat separuh masa ke2 kami telah mendahului dengan 30-16. Aku merasakan kemenangan sudah berada ditangan kami. Tetapi kata-kata cikgu sebelum masuk kembali kedalam selanggang untuk separuh masa ke3 seakan-akan merubah semuanya. 'bola tu bulat.macam-macam bola jadi" itulah kata-kata dr guruku. Memang benar bola itu bulat apabila pasukan lawan mula mengecilkan perbezaam mata mereka. Kami seakan-akan hilang punca. Pada separuh masa ke3 inilah yg menguji kesabaranku apabila pemain pihak lawan dengan sengaja membaling bola mengenai hidungku. Cecair merah itu terus mengalir lagi. Guruku yg perasaan dengan keadaan itu memanggilku ketepi dan aku sekadar mengatakan aku ok dan akan terus bermain. Riak wajah risau guru ku itu sekadar aku pandang sekilas. Aku melihat kembali ke tanganku sudah dipenuhi darah. Aku terus bermain. Nampaknya tuah bukan dipihak kami apabila kami tewas dengan perbezaan hanya 3 mata. 30 saat sebelum masa tamat, ke empat-empat sahabatku yg bermain telah keluar gelanggang tunduk menangis kesedihan walaupun masa belum tamat lagi. Aku berdiri keseorangan di dalam gelanggang dengan hati yg sayu. Maafkan aku sahabatku. ini bukan penamat yg kita impikan. Mungkin nasib sekali lagi tidak memihak kepada kita. Tapi aku bangga dengan semangat yg kita tunjukkan walaupun kita terpaksa melalui dugaan yg sangat sukar. Aku sangat mengagumi semangat kamu sahabatku. 

Aku sangat kecewa dengan semangat kesukanan yg pihak lawan tunjukkan pada perlawanan itu. Tiada erti kemengan itu dengan cara kamu bermain kotor seperti itu.


Petang itu kami akan bermain untuk perlawanan penentuan tempat ke3 dan ke4. Tiada sepatah kata yg terucap. Cikgu cuba meniupkan semangat kepada kami sebelum kami bergerak ketempat perlawanan pada petang itu. Tetapi kata-kata cikgu itu sekadar melodi yg indah yg dimainkan oleh sebuah kotak muzik yg merdu bunyinya. Apabila pusingannya telah tamat, tiada lagi melodi indah yg dimainkan. Kata-kata cikgu itu tidak dapat membangkitkan lagi semangat kami yg sudah melayang ditiup angin kekalahan pagi td. Aku memandang sahabatku. Kami seolah sedang berinteraksi melalui pandangan mata. Kami seakan-akan mengerti apa yg sedang hati kami bicarakan. Perlawanan bermula. Kami bermula dengan permainan yg agak hambar. Seolah-olah kami kehilangan sesuatu yg penting dalam sebuah pasukan. Kami menamatkan separuh masa pertama dengan ketinggalan beberapa mata. Aku dan sahabatku membuat keputusan tidak meneruskan bermain untuk separuh masa yg berikutnya. Cikgu mengangguk seakan mengerti permintaan kami. Kami sudah tidak mampu untuk bermain cikgu. Maafkan kami. Cikgu memberikan peluang kepada pelapis-pelapis tahun hadapan untuk bermain pada separuh masa berikutnya. Kami hanya memandang dari luar gelanggang. Kami tewas perlawan itu dan sekadar mendapat tempat ke4.


Maafkan kami cikgu.! kami tahu bukan ini yg cikgu mahukan dari kami. Kami telah lakukan apa yg terbaik cikgu. Kami telah keluarkan semua semangat dan kudrat kami cikgu. Tapi apa yg kami berikan itu sememangnya tidak cukup. Kami tahu itu cikgu. Maafkan kami cikgu jika kami mengecewakan cikgu..):
aku tahu bertapa kecewanya cikgu apabila melihat pasukan perempuan juga tewas dengan perbezaan 1 mata pada perlawanan separuh akhir. Aku melihat cikgu tunduk kesedihan dan menggeleng-gelenggkan kepala. Kemudian engkau hilang entah kemane duhai cikgu ku. Maafkan kami cikgu. Kami telah lakukan yg terbaik dan mungkin sahaja tuah tidak memihak kami sekali lagi. Aku juga merasakan kesedihanmu itu cikgu. Tidak dapat aku menebus kekalahan itu pada tahun hadapan kerana inilah penyertaan terakhir aku dan 4 orang sahabatku yg lain. Hanya iringan doa dari kami untuk pasukan bola keranjang SAKTI untuk kejayaan pada masa hadapan. Obor sudah berpindah tangan. Sudah tiba masanya kami pergi. Selamat tinggal semua.!terima kasih untuk segalanya. Kenangan ini tidak akan penah luput dari ingatanku.


pasukan bola keranjang SAKTI 2011
Pelajar Tingkatan 5

SYAFIQ      7
ADDIN        8
SYAHIR      9
ZAKARIA  10
EZHAM      4





berita di akhbar malang tidak berbau
AL-FATIHAH buat mereka 
Nor Hasikin Md. Nazir
Saripah Saodah
Natasya Isa
Mohd. Iskandar Fahmi




disaat tragedi ini berlaku
separuh jiwaku pergi bersama mereka












sayabudakbarubelajar -


You Might Also Like

2 comments

  1. sungguh tragis !
    betapa Allah memberikan peluang kepada kita untuk terus hidup di bumiNya..
    takziah kepada keluarga mangsa ...

    ReplyDelete
  2. YA Allah , bila baca entry nie rasa benar2 merasakan keadaan ini.. Alhamdulillah masih dapat bernafas.. :)

    ReplyDelete