mAri bErsOlat waHai 0raNg2 berImaN

9:51 AM


Alhamdulillah.Maha Suci ALLAH yg masih membuka hati ini untuk terus menulis setelah sekian lama menyepi..terima kasih kepada sahabat2 yg sentiasa mmberi sokongan dan galakkan kepada sy selama ini..kepada pembaca2 setia yg sentiasa mennati,diharapkan entry kali nie bakal mengubat rindu anda sume.(: maaf jika ada salah silap sy dalam berblongging..sy hanya seorang budak baru belajar yg suke menulis dan berkongsi sesuatu..yg baek itu datangnye dari ALLAH dan yg cacat celanya itu datang dari ke khilafan saya sendiri..teruskan membaca bersama (:



dah lama tak menulis
jd entry kali nie nak tulis yg simple2 je dulu
kata orang benda baek nie kalo brenti dibuat
nak mula balik mmg liat
so diharapkan sy terus diberi idea2 yg menarik untuk ditulis

kalau cakap pasal muslim,orang Islam
mesti kita akan trfikir orang Islam wajib bersolat
sebab solat tue tiang agama
mcm ulamak, orang2 bijak pandai dan syafiq jgk cakap (:
solat itu umpama tiang rumah
sempurna solatnye
kukuh rumahnye
tidak mudah goyah bila ditimpa musibah
malah semakin kukuh setiap kali di uji dgn dugaan
itulah orng2 yg sempurna dan khusyuk di dlm solatnye.

Firman Allah, maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45).

tp sedih pulak rasa bile ditanye
kat orang2 sekeliling nie
RUKUN SOLAT ada berape.?
ramai yg tak boleh jawab
betul tak.?

sesiapa yg tengah mmbaca nie cube jawab 
rukun solat ada berape.?
boleh jawab ke tak.?
tepuk dada tanya iman tanya ilmu

then, hati nie mula tertanya-tanya
mcm mane nak mencapai solat yg sempurna 
kalau rukun itu tidak dijaga
sudah pasti solat kita akan terbatal jika tertinggal
salah satu rukun di dalam solat yg 13

ramai yg bertanya
kenapa orang tue tak penah tinggal solat
tapi still buat benda jahat.?
bkn ke ALLAH dah cakap
sesiape yg bersolat akan menghindarkan
dirinye dari perbuatan keji dan mungkar

jawapannye senang je..
kita bersolat kerana ape.?
kerana girlfriend suruh boyfriend suruh.?
solat sebab nak berdoa kat ALLAH
sebab girlfriend boyfriend tengah merajuk
solat sebab nnti ayah nak rotan
takut ngan rotan ayah sebab rotan ayah besar.
solat sebab nnti kalau cikgu tanye kat kelas
sape yg tak solat angkat tangan..malu la
solat lah semata-mata kerana ALLAH
IKHLAS
tidak perlu lagi disuruh oleh mak ayah
bkn kerana girlfriend atau boyfriend

lagi satu
diterimakah solat kita jika tidak sempurna
rukun entah kemane
asal aku tunggang tonggek tue
kira aku dah bersolat la
empat rakaat 2 minit setengah
siap cakap kat kawan sebelah lagi
"jom kita lumbe sape ag laju"
ini yang dikata Rasullullah sebagai mencuri di dalam solat


Nabi s.a.w. bersabda:
“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”
[H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]
“Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki tg tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”
[H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]
Abu Hurairah r.a. ra. berkata:
“Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).”
[H.R. Abu Ya’la]

wahai kawan-kawan yg beriman
marilah kita sama2 memperbaiki solat kita
menjadi lebih sempurna
supaya solat kita seumur hidup ini
tidak dicampakkan kembali ke muka kita
kelak di akhirat sana..


  • Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:
1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.
3. Takbiratul ihram.Syarat-syarat takbir ialah :
  • Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
  • Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
  • Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
  • Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
  • Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
  • Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
  • Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
  • Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
  • Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
  • Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
  • Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
  • Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
  • Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
  • Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
  • Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
  • Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
  • Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8.
Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:
  • Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
  • Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
  • Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir.Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
  • Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
  • Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
  • Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
  • Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.

11.
Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”  atau “An-Nabiy” .
  • Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
  • Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.
12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
  • Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
  • Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
  • Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
  • Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
  • Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

semoga perkongsian dan usaha saya ini
bukan usaha yg sia-sia
hanya mengharap keredhaan dan rahmat dari ALLAH 
usaha yg sedikit ini
sebagai bekalan yg berkekalan di sana..
sy juga sama seperti anda
belajar untuk menjadi lebih baik setiap hari..


P/S: -ulang membaca rukun solat tue sekurang2nye dua tiga kali agar lebih faham dan lebih menghayati..
       -semoga ilmu ini terus dimanfaatkan
      -terima kasih kepada pemilik dan penulis laman web yg berkaitan dan buku2 yg mnjadi rujukan saya.       











- sayabudakbarubelajar-

You Might Also Like

1 comments