DiA dAtaNG..

1:41 AM


akhirnya, syaaban meninggalkan kita
untuk memberi laluan kepada RAMADHAN
bulan penuh dengan keberkatan...
ahlan wasahlan syahru RAMADHAN..(:

ingatan buat mangsa kemalangan di
kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang 
Negeri Sembilan pada 6 mac lalu
semoga roh mereka dicucuri rahmat
AL-FATIHAH

teruskan membaca bersama
sayabudakbarubelajar

dalam kesibukan menuntut ilmu
saya gagahkan juga untuk menulis 
sesuatu untuk dikongsi
sebagai panduan kita bersama..(:

menuntut ilmu itu fardu kifayah
dituntut oleh agama untuk memajukan umat
sebaik-baik menuntut ilmu itu biarlah berguru
dan bergurulah dengan guru yang tadabbur
agar ilmu yg dicari itu berlandaskan syariat 
agama TUHANmu

kita selalu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab 
kita sebagai seorang pelajar dan 
juga tanggungjawab kita sebagai seorang anak
tetapi
ingatlah bahawa kita mempunyai satu lagi tanggungjawab
yang sangat besar iaitu
tanggungjawab seorang hamba kepada TUHANnya

sedarlah bahawa kejayaan itu
tidak akan datang dengan izinNYA
ihktiharlah dan berserahlah padaNYA..
berusahalah dan bertawakalah padaNYA..
tetapi ingatlah
dalam usaha mencari kejayaan itu
jangan diabaikan sesuatu yang pasti

mati itu sesuatu yg pasti
tetapi kita jarang bersedia untuk kematian
kerana terlalu sibuk dengan urusan kedunian
bukan bermakna kita tidak perlu mengejar dunia
tetapi imbangilah ia
sekadar bersederhana..

seperti nasihat LUQMANUL HAKIM

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka

 wahai umat ISLAM
ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat tumpangan semata-mata
akhirat jua lah tempat selama-lamanya..

maka jadikanlah bulan yang penuh keberkatan ini 
medan untuk kita merubah diri
tunaikanlah tanggungjawabmu sebagai seorang hamba
dengan penuh keikhlasan..






-sayabudakbarubelajar-

You Might Also Like

0 comments