BUDAK SAMPAH. PERJALANAN HIDUP, REALITI TERUS MENCARI KEREDHAAN

2:29 AM



Tanyalah pada sesiapa di dunia ini. tidak ada yang mahu dilahirkan hina begini. sudahlah miskin merempat, rumah tiada apatah lagi harta walau tanah sekangkang kera. aku anak yatim piatu. ibu bapa ku sudah pergi untuk selamanya ketika aku berusia 5 tahun. pada waktu itu tidak ada yang aku tahu, tidak ada sesiapa yang aku kenali. yang aku tahu, ibu bapa ku pemungut sampah dan aku mewarisinya kini. akulah BUDAK SAMPAH yang hina itu.

Aku tidak tahu apa salahku hingga dihina begini. hinakah pekerjaan ku ini.?? hinakah aku menjadi pemungut sampah.?? ya, aku sedar. pekerjaan ku ini KOTOR, JIJIK, MENGELIKAN tapi pekerjaan ku ini HALAL. jadi kenapa aku terus dihina bergini?? biarlah orang-orang terus menghinaku kerana aku tahu, tidak semua orang dilahirkan bertuah bertilamkan wang ringgit. 

Aku bergegas menukarkan pakaian ku. azan subuh sudah berkumandang. aku tidak mahu terlambat untuk solat subuh berjemaah di surau. aku terus mencapai baju melayu lusuhku yang digantung di belakang pintu dan kain pelekat. aku tidak mampu untuk membeli baju yang cantik-cantik untuk dipakai semasa bersolat. yang aku ada hanyalah baju melayu lusuhku dan sehelai t-shirt yang aku pakai untuk mengutip sampah. terasa hina diriku jika aku memakai pakaian yang aku guna untuk mengutip sampah untuk bersolat. biarlah aku miskin harta, hina dimata manusia tapi aku tidak sanggup dipandang hina oleh TUHANKU sendiri.

Ketika remaja-remaja yang lain sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah, aku pula sedang bersiap-siap untuk melangkah ke "tempat kerja". aku suka melihat suasana ini. melihat mereka segak, kacak berpakaian sekolah bagi yang lelaki dan ayu, manis bertudung bagi yang perempuan. terdetik dihatiku untuk bersekolah seperti mereka. hanya menuntut ilmu tanpa tanggungjawab yang besar seperti aku. dan setiap kali itulah telingaku dihujani dengan perkataan "BUDAK SAMPAH, BUSUK, PENGOTOR" berulang-ulang disebut oleh sekumpulan mereka yg melintas di depanku. aku tunduk sambil berlalu. di dalam hati smbil berkata "adakah orang-orang yang berilmu seperti mereka tidak pernah diajar untuk menghormati orang seperti aku.?" aku sudah lali dengan cacian itu tapi ada kalanya air mata ku tumpah juga.

Dalam hinaan itu, ada juga yang memahami dan menghormatiku. jika remaja-remaja yang lain menghinaku dia tidak bergitu. malah tersenyum manis bila terlihat aku. dalam diam hati aku terusik juga. ingin sekali aku bercakap dengannya. aku terasa seperti aku menyukainya...


tetapi aku benamkan perasaan itu di dasar hatiku. manakan tidak, aku hanyalah budak sampah yang hina, pengotor dan jijik. kami tidak sekufu. walaupun dalam ISLAM hanya keiman yang membezakan manusia tetapi aku tidak sanggup dia dihina sepertiku nanti. aku terus berlalu dengan senyuman manis itu.

Hari ini aku pulang lewat hingga ke malam. rezekiku tidak banyak hari ini. jadi aku terpaksa bekerja "overtime" dari tong sampah ke tong-tong sampah yang lain. jika tidak aku akan pulang dengan tangan kosong. dalam perjalanan pulang, aku melihat sekumpulan remaja lelaki dan beberapa remaja perempuan melepak sambil di tangan mereka memegang tin minuman keras. mereka mabuk. seperti orang hilang akal mereka terjerit-jerit seperti orang gila. lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan. sedih aku melihat peristiwa ini. walaupun aku tidak berilmu agama tinggi tapi aku tahu minum minuman keras itu larangan ISLAM yang sangat jelas. tin-tin minuman keras itu dibaling bertaburan di atas tanah. tetapi aku tidak mengutipnya walaupun harga tin aluminium itu jika dijual untuk dikitar semula agak mahal berbanding besi buruk,kotak-kotak dan surat khabar aku tidak mengendahkannya. biarlah aku pulang dengan tangan kosong hari itu. walaupun aku pernah bertanya kepada ustaz-ustaz apa hukumnya jika aku mengutip tin-tin minuman keras itu dan menjualnya, ustaz membenarkannya tetapi aku lebih suka tidak mengambilnya supaya aku tidak dikira sebagai bersubahat dan rezekiku lebih terjamin halalnya. kesempitan hidupku ini tidak pernah aku gunakan sebagai alasan untuk melanggar syariat ISLAM itu sendiri. kerana aku yakin, rezeki itu ada dimana-mana.

Aku terduduk keletihan. memandang bulan yang bercahaya. walaupun aku hidup begini, aku juga ada cita-cita yang tersendiri. walaupun aku tidak mampu untuk menjadi manusia yang berjaya dengan kerjaya idaman tapi biarlah aku menjadi manusia yang berjaya pada jalan agama ISLAM ini. walaupun aku tidak mampu untuk menjadi pakar motivasi yang kata-katanya menjadi panduan tapi biarlah aku jadi manusia yang kisahku diceritakan untuk menjadi iktibar di masa hadapan...


jika anganku tinggi tanpa usaha
anganku itu sia-sia,
jika usahaku itu tanpa keyakinan
maka aku tidak percaya
aku akan berjaya,
aku tahu,
harapan itu tidak semuanya kenyataan
tetapi 
jika aku diberi peluang
aku akan terus berharap,
kerana aku berusaha dan yakin
di hujung sana nanti
pasti ada sinar






dedicated to someone who always heard my story.

a million thank you

I will leaves soon.










-sayabdkbarubelajar-

You Might Also Like

1 comments