Malang Tidak Berbau..

5:12 PM

KEMALANGAN YANG TERPAKSA KAMI TEMPUHI

JEMPOL 7 Mac - Di Jempol, tiga sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah bas sekolah di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang berdekatan pekan Batu Kikir di sini hari ini.

Dua daripada mereka yang maut merupakan pasangan adik beradik, Nor Hasikin Md. Nazir, 27, dan adiknya, Saripah Saodah, 22, manakala seorang lagi ialah anak Nor Hasikin, Natasya Isa, 5.

Nor Hasikin dan adiknya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan dalam kejadian yang berlaku pukul 2.50 petang.

Natasya pula meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Juasseh, Kuala Pilah.

Seorang lagi anak mangsa, Mohd. Iskandar Fahmi, 3, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban.

Saripah Saodah baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan di rumahnya Felcra Lakai di Jelebu semalam.
Ketika kejadian, keluarga itu dalam perjalanan dari Melaka untuk menghantar baju pertunangan yang disewa di sebuah butik pengantin di Simpang Pertang.

Jurucakap polis memberitahu, kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Nor Hasikin dikatakan hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan.

Ia kemudian bertembung dengan sebuah bas milik Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempol dari arah bertentangan.
"Rempuhan yang kuat itu mengakibatkan kereta mangsa terperosok di bawah bas sebelum diseret sejauh kira-kira 20 meter," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jurucakap polis memberitahu, tiga pelajar Sakti daripada 26 pelajar yang berada dalam bas berkenaan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di klinik berhampiran.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

UTUSAN MALAYSIA 8 MAC 2011

keadaan bas sekolah yang remuk selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Jempol, semalam. Saripah Saodah yang baru bertunang kelmarin turut maut dalam kemalangan tersebut.






-SayaBdkBaruBelajar-

You Might Also Like

1 comments