UMMI KU HERO.
7:26 AM
Sekarang jarak benar-benar memisahkan. Jauh beribu batu. Siapa sangka jarak ini betul-betul memisahkan.
Kini baru ku tahu apa itu erti RINDU pada seorang Insan Bernama IBU.
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
dia membesar seperti matahari yg mula menyinar di pagi hari.
indah permandangannya
pedih untuk dilihat
dia tidak suka dipandang
tetapi cahayanya bermanfaat
memberi seribu kebaikan
dia mempunyai aura
UMMI
lenanya tidak lama
terjaga dari lena
keluarganya lebih utama
lebih-lebih lagi untuk anak-anaknya
duduknya tidak pernah diam
seperti tiada istilah penat dalam hidupnya
mencangkul tanah
ada sahaja yg dilakukannya
sakitnya pula
di diamkan sahaja
sujudnya seakan menahan derita
tapi engkau tetap gagah
mungkin bukan ahli keluarganya
dia tetap ambil tahu akan orang sekelilingnya
walaupun sibuknya tiada yg tahu
mengalahkan SUPERHERO!!
alhamdulillah
sungguh bertuah insan itu
lahir dari UMMInya itu
membesar dengan didikkan UMMInya itu
mungkin dia tertawa saat membaca ini
atau hanya tersenyum
hanya coretan ringkas dari insan ini ^^
عن أبي هريرة قال:
جاء رجل إلى النبي
صلى الله عليه وسلم
فقال:من أحق الناس
بحسن صحابتي؟قال:أمك ,قال:ثم
من؟ قال:ثم أمك
قال:ثم من؟قال:ثم
امك,قال ثم من؟قال
:ثم أبوك
Maksudnya:
“Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan
bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan
sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian
siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda
menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab:
“Ayah kamu”.
Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam
Muslim ; lafaz Bukhari hadis no 5971]
-sayabudakbarubelajar-
0 comments