AINUL MARDHIAH. bidadari syurga
3:07 AM
petang itu cuaca seperti biasa. tidak terlalu panas dan berangin. mungkin sedikit sayu dengan alunan pohon-pohon dan burung yg bertebangan. bersandarku di beranda rumah sambil mendengar alunan lagu-lagu di dalam koleksiku. sedang asyik menghayati bait-bait senikata lagu yg dialunkan, sebuah lagu ini seakan-akan mengigit jiwaku...
UNIC Ainul Mardhiah
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih
mari kita ikuti kisah ini..
Bidadari merupakan salah
satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang
wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2
kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-
bidadari).
Berjihad/berdakwah
untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah
swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum.
Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa
mudanya dihabiskan.
Rasulullah
saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal
tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa
mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya
dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah
dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul
Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Seakan-akan
bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman
(55) : 58
Di dalam
surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman
(55) : 70
(Bidadari-bidadari)
yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman
(55) : 72
Mereka tidak
pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang
menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman
(55) : 74
'Ainul
Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan
bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam
bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk
berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan
Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang
sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut, tetapi di
sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang
yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak
berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat
tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu
dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara
yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan
'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di
suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada
seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan
salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab
ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul
Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia
berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang
lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di
lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi
salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh
tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas
mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai
dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah
di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita
itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain,
namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi
SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu
pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah
keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang
tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka
puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah
satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan
merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat
pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab
benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang
benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga..
-sayabudakbarubelajar-
0 comments