___Tanda-tanda Kiamat___ hari AKHIRAT. kita KEMBALI juga
6:27 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
alhamdulillah.
ramadhan kembali lagi. (:
bulan yang sangat dinanti-nantikan umat Islam
bulan yang penuh dengan ganjaran pahala yang berlipat-lipat kali ganda.
insyallah semoga usaha ana ini juga tidak sia-sia.
semoga kita terus diberkatiNya..
sekadar ingin berkongsi sebuah hadis.
sekadar ingin berkongsi sebuah hadis.
ingat-mengingati sesama muslim.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda maksudnya:
“ Tidak
akan tiba hari Kiamat itu sehingga ada dua golongan besar saling bunuh
membunuh, antara keduanya itu berlaku peperangan yang besar, di mana dakwah
kedua-duanya adalah satu. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga banyak
kaum dajjal yang pendusta bilangannya hampir tiga puluh orang, semuanya mengaku
bahawa dirinya adalah Rasulullah. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga
ilmu pengetahuan itu dicabutkan. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga
banyak terjadi gempa bumi, masa sudah menjadi dekat, banyak timbul fitnah,
banyak berlaku pembunuhan(peperangan di sana sini), banyak pula harta sampai
melimpah ruah sehingga orang yang empunya harta itu susah mencari orang yang
suka menerima sedekahnya dan sehingga ia pergi ke sana ke sini menawarkan
hartanya, tetapi tidak ada orang yang mahu menerimanya, di mana orang yang
ditawarkan untuk menerima harta itu berkata: “aku tidak memerlukan harta lagi”.
Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga manusia itu bermegah-megah dalam
bangunan yang menjulang tinggi. Dan sehingga manusia melalui kubur seseorang
yang lain, lalu berkata “alangkah baiknya kalau aku dahulu ditempatkan di
tempatnya”. Dan tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga matahari terbit dari
arah terbenamnya. Maka apabila matahari itu terbit dari tempat terbenamnya, dan
manusia telah banyak mengetahuinya, maka mereka itu pun beriman semuanya,
padahal dalam keadaan yang sedemikian keimanan seseorang itu tidak berguna lagi
untuk dirinya, yang mana dahulunya mereka itu tidak pernah beriman dan tidak melakukan
kebaikan dalam keimannya. Dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba di saat
dua orang sedang mempamerkan pakaian yang diniagakan, tetapi kedua-dua orang
tadi tidak sempat menjual beli pakaian yang dipamerkan itu dan tidak sempat
pula melipatkannya kembali. Dan sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba di saat
seorang yang baru sahaja kembali membawa air susu yang diperahnya dari untanya,
tetapi tidak sempat meminumnya. Dan
sesungguhnya hari kiamat itu akan tiba,
di mana seorang baru sahaja memperbaiki kolamnya untuk di isikan air, tetapi
belum sempat diisikan air ke dalam kolam itu. Dan sesungguhnya hari kiamat itu
akan tiba, yang mana seorang sedang menyuapkan makanan ke mulutnya, tetapi
belum sempat memakannya.”
(Riwayat
al-Bukhari )
Ya Allah jauhkanlah diri kami
dari azab api neraka MU
dari azab api neraka MU
Ya Allah
Sesungguhnya kami ini
hanyalah hamba yang lemah
hanyalah hamba yang lemah
Dan kepada Mu lah kami akan kembali..
“ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? “.
(Surah al-An’am 6:32 )
1 comments
Amin.. semoga kita sentiasa hidup di bawah redhaNya :)
ReplyDelete