KOREA NEGARA GINSENG ATAU "REPUBLIC OF PLASTIC SURGERY"?

4:22 PM



Berkulit putih dan licin, mata yang sedikit sepet, hidung yang kecil dan bibir yang mulus adalah ciri-ciri klise pelakon-pelakon atau artis-artis kpop yang didedahkan di kaca-kaca tv.

Hakikatnya betul ke orang Korea secantik itu?

Setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan di Malaysia, ayat yang tidak pernah lekang dari mulut mereka,

"Carikan aku awek Korea sorang. Tapi taknak yang plastik, nak yang original".

Amboi, demand! 

Biasanya permintaan-permintaan sebegini aku sekadar senyumkan sahaja.

Orang kata, ukur baju biarlah dibadan sendiri. Talk, dark dan hensem bukanlah ciri-ciri idaman wanita Korea. Mungkin dalam kes-kes terpencil ada juga perempuan Korea yang terpikat dengan lelaki yang berkulit sawo matang, mungkin seorang dalam sejuta! dan seorang yang bertuah itu mungkin aku.haha :D

Sebelum negara dunia dilanda Korean wave, Korea lebih dikenali sebagai sebuah negara yang terkenal dengan ginseng. Tetapi selepas beberapa ketika masyarakat dunia menonton drama-drama Korea, mereka merasakan pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi Korea ini terlalu sempurna wajah dan sifatnya.

Desas-desus khabar angin mula bertiup kencang menyatakan kebanyakkan artis-artis Korea melakukan pembedahan plastik. Tetapi kebanyakkan mereka menafikannya dan kecantikkan mereka adalah “natural beauty”.

Tempiasnya bukan sahaja pada artis-artis Korea itu sendiri malah perciknya juga terkena pada rakyat Korea secara umum. Kemudian muncul la fakta-fakta dan statistik seperti

76% wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik.

25% ibu-ibu di Korea menyuruh anaknya yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik.

95% orang Korea yang mempunyai lipatan di kelopak mata adalah hasil daripada pembedahan plastik.

Betul ke bohong? 

Hakikatnya jika anda datang ke Korea sendiri, iklan-iklan pembedahan plastik memang sangat banyak di stesen-stesen subway dan papan-papan iklan di Seoul. Mungkin jika anda pernah datang ke Seoul anda tidak berapa perasan tentang papan-papan iklan ini kecuali jika anda mampu membaca tulisan Korea dengan baik.

Semasa masih menuntut di Institut Bahasa Korea di Seoul National Universiti, guru bahasa Korea saya ada menafikan perkara ini. Beliau kata, “walaupun Korea terkenal dengan pembedahan plastik tetapi sebenarnya Korea tak sebanyak seperti apa yang disangka”.

Sejujurnya aku tidak tahu sejauh mana kebenaran statistik dan fakta-fakta yang dinyatakan. Mungkin sekadar publisiti atau hanya permainan media. 

Walau apa pun, sebagai seorang Muslim, mengubah ciptaan Tuhan itu adalah salah satu dosa besar kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan.

Bersyukurlah dengan paras wajah yang kita miliki kerana kecantikkan yang kekal abadi itu bukan datangnya dari wajah yang cantik tetapi dari akhlak yang mulia.



Syafiq Kamil
15 Januari 2016
Tanah Malaysia


You Might Also Like

0 comments