Langkah Pertama Untuk Langkah Seterusnya..

1:25 PM

"A journey thousand miles begin with the first step"


Pernahkan anda melihat kanak-kanak memulakan
langkah pertama mereka?

Berapa kali terjatuh pasti mereka akan bangun semula..
Kita semasa kecil juga begitu…

Begitu kuat semangat kita semenjak kecil…
walaupun berkali-kali jatuh…
namun tetap bangun semula dengan gagah…

Begitulah konsep kejayaan…





Kejayaan Bermula Dengan Langkah Pertama

walaupun berapa kali jatuh kita harus cepat bangun semula…

Jika rasa down sangat-sangat dan berat nak bangun semula,
ingat kembali semangat yang ditunjukkan
diri anda sendiri semasa kanak-kanak lagi…
pasti anda juga akan tersenyum & gagah untuk bangun semula…



Sebesar-besar bangunan bermula dari sekecil-kecil bata. 
Itulah langkah pertama. 
Mulakan
Langkah Pertama untuk langkah seterusnya.

Seindah-indah kejayaan tidak akan diperolehi 
jika anda tidak mula menuntut ilmu. 
Belajarlah, dari situ anda akan dapat melihat indahnya ilmu. 
Ilmu itu ibarat lautan luas yang tidak habis untuk dilayari..
Jadi mulakan 
Langkah Pertama anda untuk meneroka lautan ilmu.

Sebijak-bijak manusia bermula dari membaca. 
Bacalah, kerana membaca itu kunci ilmu. 
Rasulullah juga diberi wahyu pertama 
yang mengarahkan Baginda untuk membaca. 
Bermula dari wahyu pertama itulah 
Islam mula tersebar ke serata dunia sehingga kini. 
Segalanya bermula dari 
Langkah Pertama...







بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ












 Maksudnya:Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)



















-SayaBudakBaruBelajar-













You Might Also Like

0 comments