Nikon D7000 | f.16 | 1/200s | ISO200 |
Antara dua perkara yang kita perlu ingat.
Pertama, kebaikan orang lain pada kita.
Kedua, keburukan kita pada orang lain.
Antara dua perkara yang kita perlu lupa.
Pertama, kebaikan kita pada orang lain.
Kedua, keburukan orang lain pada kita.
Sabarlah di atas sabar.
Nikon D7000 | f.9 | 1/40s | ISO800 |
Jalan yang panjang.
Perlu berjalan atau berlari?
Terpulang.
Sebab di akhir tujuan perjalanan kita sama.
SYURGA.
Nikon D90 | f.2.5 | 1/4000s | ISO400 |
Kalau aku hebat.
Sudah pasti aku ingin berlari di atas air untuk manusia merasa kagum.
Tapi,
Berjalan di atas benang pun aku tidak mampu.
Berdiri pun kadang masih tersungkur.
Tegur bukan meninggi diri. Marah bukan menyanggah.
Nikon D90 | f.2.8 | 1/2000s | ISO200 |
Selepas cuti sakit yang panjang.
Tipikal isnin.
Bas yang sarat dengan penumpangnya.
Manusia sibuk ke sana ke sini.
Menuntut ilmulah dengan hati yang gembira.
Nikon D7000 | f.1.4 | 1/1600s | ISO125 |
Kerana keselesaan manusia itu berbeza-beza berdasarkan apa yang mereka impikan.
Perbezaan bukan bererti musuh. Sehaluan bukan bererti pengikut.
Belajar menerima untuk diterima.
Nikon D7000 | f.1.4 | 1/1250s | ISO125 |
Duhai hati,
Kenapa perlu risau dan gusar kalau kau tahu Allah hanya akan
berikan yang terbaik buat dirimu?
"Jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati
mereka sehasta. jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa
dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada
mereka berlari.”
Nikon D7000 | f.1.4 | 1/8000s | ISO125 |
The lower you fall
The higher you'll fly
Keep trying. Keep running.