Berkulit
putih dan licin, mata yang sedikit sepet, hidung yang kecil dan bibir yang
mulus adalah ciri-ciri klise pelakon-pelakon atau artis-artis kpop yang
didedahkan di kaca-kaca tv.
Hakikatnya
betul ke orang Korea secantik itu?
Setiap
kali berjumpa dengan rakan-rakan di Malaysia, ayat yang tidak pernah lekang
dari mulut mereka,
"Carikan
aku awek Korea sorang. Tapi taknak yang plastik, nak yang original".
Amboi,
demand!
Biasanya permintaan-permintaan sebegini aku sekadar senyumkan sahaja.
Orang
kata, ukur baju biarlah dibadan sendiri. Talk, dark dan hensem bukanlah
ciri-ciri idaman wanita Korea. Mungkin dalam kes-kes terpencil ada juga
perempuan Korea yang terpikat dengan lelaki yang berkulit sawo matang, mungkin
seorang dalam sejuta! dan seorang yang bertuah itu mungkin aku.haha :D
Sebelum
negara dunia dilanda Korean wave, Korea lebih dikenali sebagai sebuah negara
yang terkenal dengan ginseng. Tetapi selepas beberapa ketika masyarakat dunia menonton
drama-drama Korea, mereka merasakan pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi Korea
ini terlalu sempurna wajah dan sifatnya.
Desas-desus
khabar angin mula bertiup kencang menyatakan kebanyakkan artis-artis Korea
melakukan pembedahan plastik. Tetapi kebanyakkan mereka menafikannya dan kecantikkan
mereka adalah “natural beauty”.
Tempiasnya
bukan sahaja pada artis-artis Korea itu sendiri malah perciknya juga terkena
pada rakyat Korea secara umum. Kemudian muncul la fakta-fakta dan statistik
seperti
76%
wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik.
25%
ibu-ibu di Korea menyuruh anaknya yang masih berumur 12-16 tahun untuk
melakukan pembedahan plastik.
95%
orang Korea yang mempunyai lipatan di kelopak mata adalah hasil daripada pembedahan
plastik.
Betul
ke bohong?
Hakikatnya jika anda datang ke Korea sendiri, iklan-iklan pembedahan
plastik memang sangat banyak di stesen-stesen subway dan papan-papan iklan di
Seoul. Mungkin jika anda pernah datang ke Seoul anda tidak berapa perasan tentang
papan-papan iklan ini kecuali jika anda mampu membaca tulisan Korea dengan
baik.
Semasa
masih menuntut di Institut Bahasa Korea di Seoul National Universiti, guru
bahasa Korea saya ada menafikan perkara ini. Beliau kata, “walaupun Korea
terkenal dengan pembedahan plastik tetapi sebenarnya Korea tak sebanyak seperti apa yang
disangka”.
Sejujurnya
aku tidak tahu sejauh mana kebenaran statistik dan fakta-fakta yang dinyatakan.
Mungkin sekadar publisiti atau hanya permainan media.
Walau apa pun, sebagai
seorang Muslim, mengubah ciptaan Tuhan itu adalah salah satu dosa besar kecuali
atas sebab-sebab yang dibenarkan.
Bersyukurlah
dengan paras wajah yang kita miliki kerana kecantikkan yang kekal abadi itu
bukan datangnya dari wajah yang cantik tetapi dari akhlak yang mulia.
Syafiq Kamil
Syafiq Kamil
15
Januari 2016
Tanah Malaysia